APFAM Malaysia mengalu-alukan ahli-ahli baru.
APFAM Malaysia mengalu-alukan ahli-ahli baru khusunya individu-individu yang terlibat dalam bidang khidmat keluarga dan penyelidikan yang mengkhusus kepada keluarga, kanak-kanak, remaja, wanita, warga berida atau kepada kerja-kerja kemasyarakatan. Pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang berkongsi matlamat dan minat dalam bidang yang sama dengan APFAM, dialu-alukan menjadi ahli Individu atau Korporat kami.
APFAM Malaysia perlukan usaha sepadu sekumpulan sukarelawan yang komited bagi mencapai matlamat-matlamat APFAM demi kemaslahatan seluruh msyarakat. Kepakaran, penyertaan aktif dan sumbangan anda boleh mengubah nasib individu-individu lain.
- Untuk penyertaan, sila isikan borang permohonan yang dipaparkan di laman web.
- Borang Permohonan Keahlian boleh dihantar secara online tetapi cek bagi bayaran fee langganan tahunan harus dihantar ke Sekretariat APFAM di alamat seperti yang tertera di bawah
Sila hubungi Cik Peggy Loh di alamat
Sekretariat APFAM
APFAM Malaysia,
d/a "SAUJANA",
Official Residence of the Chief Minister of Johor,
Jalan Abdul Rahman Andak,
80100 Johor Bahru, Johor
Tel: 607-226 9524
Fax: 607-223 6253
E-mail : apfam@email.com
Fee langganan tahunan:
Korporat RM100.00
Individu RM 30.00