Persatuan Asia-Pasifik Forum Mengenai Keluarga (Malaysia) merupakan badan gabungan kepada APFAM International, sebuah pertubuhan sukarela antarabangsa yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ia bergerak ke arah pembinaan kesejahteraan keluarga dan individu di Rantau Asia Pasifik.

APFAM bermatlamat untuk mencapai objektif-objektifnya dengan merangka dasar-dasar dan aktiviti-aktiviti yang boleh diiktiraf di kedua-dua belah pihak iaitu negara-negara anggota dan badan serantau di Asia Pasifik. Ia mendokong teguh nilai-nilai jalinan kerjasama (networking) dan pertukaran serantau.

Isu-isu bersama yang memerlukan keprihatinan memberikan ruang dan asas bagi kerjasama di antara negara-negara anggota. Namun demikian, pendekatan kepada isu-isu ini berlainan di setiap negara mengikut suasana sekitaran, budaya, sosial dan ekonomi yang berbeza juga ditekankan.

Kerja-kerja ini banyak dilakukan secara sukarela. Juga, aktiviti-aktiviti dan banyak kajian perlu dijalankan melalui geran, yang walaupun kecil tetapi amat dialu-alukan, sama ada daripada beberapa kerajaan dan pertubuhan di negara-negara anggota. Dua belas negara anggota APFAM International ialah Australia, Malaysia, Indonesia, Singapura, Fiji, Thailand, New Zealand, Hong Kong, Jepun, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Persatuan Asia Pasifik Forum Mengenai Keluarga Asia ini telah dilancarkan pada tahun 1997 di World Social Welfare Conference yang diadakan di Jakarta. Wakil Malaysia di APFAM International ialah Prof Jamilah Ariffin yang diberi penghormatan dipilih mula-mulanya sebagai Naib Presiden bagi tempoh 1997-2000 dan seterusnya sebagai Presiden APFAM International bagi penggal Jun 2002 - 2004.

APFAM Malaysia pula ditubuhkan dalam 1999. Ia dilancarkan secara rasmi di APFAM International Conference Post-Conference Workshop di Johor Bahru pada tanggal 24hb Julai 2000.


APFAM Malaysia Secretariat
c/o "SAUJANA",
Official Residence of the Chief Minister of Johor,
Jalan Abdul Rahman Andak,
80100 Johor Bahru, Johor
Tel: 6-07-2269524   Fax: 6-07-2236253
E-mail: apfam@email.com
(A member of the Asia Pacific Forum of Families International)
   
BERITA TERBARU
Apr 30, 2009
Book Launch 2 May 2009, PJ Hilton, Readings on Women and Development in Malaysia


PERSIDANGAN
APFAM International Conference on Families in Need
Date: June 2010
Kuala Lumpur, Malaysia


BUKU-BUKU
Readings on Women and Development in Malaysia : a Sequel : Tracing Four Decades of Change. A project


RISALAH
Between Market and State: The Role of Social Capital in Sustainable Development and Urban Governance


JURNAL APFAM
Family and family court

Hakcipta © 2002-2008, APFAM (Asia Pacific Forum on Families Malaysia)